Jerebu: Bank pusat Indonesia pindahkan keluarga kakitangan di Kalimantan Barat

JAKARTA: Bank pusat Indonesia telah memindahkan keluarga kakitangannya di Pontianak, Kalimantan Barat, kerana jerebu daripada kebakaran hutan di Indonesia mencapai tahap berbahaya di pulau itu.

Bank Indonesia (BI) mengeluarkan perbelanjaan untuk keluarga kakitangannya itu pindah ke kawasan pantai di utara daerah tersebut, di mana angin laut dan alat hawa dingin mengurangkan kesan udara berasap, kata ketua BI di Kalimantan Barat, Encik Dwi Suslamanto.

"Kita tidak boleh bergantung pada usaha manusia untuk menguruskan bencana ini," katanya.

"Harapan kami ialah hujan turun, dan orang yang memulakan kebakaran tidak mengulangi apa yang mereka lakukan."

Pencemaran daripada pembakaran hutan paling teruk dirasai di Borneo, yang termasuk Kalimantan, dan Sumatera, memaksa sekolah ditutup dan kes penyakit pernafasan meningkat.

BI juga menggesa keluarga dan anak kakitangannya di Palembang di Sumatera supaya pindah ke hujung selatan pulau, di mana mutu udara lebih baik. - Bloomberg

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.