Jerebu di Malaysia dijangka berterusan hingga Khamis

KUALA LUMPUR: Keadaan jarak penglihatan kurang dari tiga kilometer di perairan Malaysia dek jerebu dijangka berterusan hingga Khamis (22 Okt).

Jarak penglihatan rendah di perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuching dan Tawau, agensi berita Bernama melaporkan.

Menurut Jabatan Meteorologi, keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak dilengkapi alat pelayaran, kata laporan itu.

Keadaan sama juga diramal di Selat Melaka dan perairan Tioman, Bunguran, Kuching dan Sulawesi, menurut laporan itu.

Pada Isnin, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 18 kawasan di seluruh Malaysia mencatat tahap tidak sihat, dengan Seremban hampir mencapai paras "sangat tidak sihat" pada 1 tengah hari.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.