Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jerebu: Indonesia keluarkan parap 16 syarikat suspek kebakaran hutan

Dec 22, 2015 | 09:24 AM



JAKARTA: Indonesia mengeluarkan pada Isnin (21 Dis) parap 16 syarikat perladangan yang menurutnya bertanggungjawab bagi kebakaran haram yang menyebabkan krisis jerebu rentas sempadan tahun ini.


Lesen perniagaan syarikat-syarikat itu - sebahagian besar mereka syarikat perladangan kayu pulpa yang beroperasi di atas tanah konsesi di Sumatera dan Kalimantan - telah digantung, ujar Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Dr Siti Nurbaya Bakar, kepada pemberita dalam satu taklimat media, lapor akhbar The Straits Times.


Pemerintah sedang memikirkan apakah hendak memulakan prosiding undang-undang terhadap mereka kerana melanggar undang-undang alam sekitar, katanya.


Syarikat itu termasuk BMH dan SWI, yang mempunyai konsesi di Sumatera Selatan.


Penggantungan itu akan ditarik balik jika, dalam masa dua tahun akan datang, syarikat-syarikat tersebut menunjukkan mereka telah mencapai kemajuan penting dalam usaha mencegah kebakaran akan datang, kata Dr Siti.


Pemeriksaan data di Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan menunjukkan parap BMH ialah Bumi Mekar Hijau dan SWI ialah Sebangun Bumi Andalas Industri Wood.


BMH pembekal Asia Pulp & Paper (APP) di Indonesia. BMH, SWI dan APP mempunyai syarikat induk sama, Sinar Mas Group.


Pemerintah Indonesia juga membatalkan lesen tiga syarikat, termasuk satu dengan singkatan MAS, yang mempunyai konsesi kayu pulpa di Kalimantan Barat, dan HCL, yang mempunyai konsesi kayu pulpa di Riau.


Pemeriksaan menunjukkan MAS ialah Mega Alam Sentosa, sebuah lagi syarikat Sinar Mas.


Jerebu tahun ini menjadi yang paling teruk dalam rekod, malah melepasi krisis 1997 dan 2013.


Indonesia telah berikrar akan bertindak tegas terhadap syarikat yang ramai percaya menggunakan kaedah tebang dan bakar, yang menyalahi undang-undang, untuk membuka tanah.


Ia telah berkata lebih 100 syarikat sedang disiasat berkaitan kebakaran hutan.


Pada September, permit tiga syarikat - PT Tempirai Palm Resources, PT Waringin Agro Jaya dan PT Langgam Inti Hibrindo - dibatalkan selepas syarikat itu didapati bersalah membakar kawasan tanah dan hutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >