Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jerebu Kalimantan, Sumatra dikhuatiri rentas sempadan antarabangsa

Sep 09, 2023 | 05:30 PM



JAKARTA: Kebakaran yang melanda hutan di Sumatera dan Kalimantan semasa fenomena iklim El Nino yang berpanjangan pada 2023 telah menyelubungi bandar-bandar utama di wilayah Indonesia itu dengan jerebu, menimbulkan kebimbangan asap tersebut boleh merentasi sempadan antarabangsa.


Di Kalimantan Selatan, keadaan bertambah buruk sehingga jerebu tebal menyelubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Syamsudin Noor di bandar Banjarmasin, dan sekurang-kurangnya enam penerbangan yang dijadual berlepas pada pagi Jumaat terpaksa ditunda dan dijadualkan semula.

“Kami menangguhkan penerbangan yang dijadualkan antara 6 pagi dengan 8.20 pagi kerana jarak penglihatan terhad hanya sekitar 100 meter,” kata jurucakap lapangan terbang tersebut, Encik Iwan Risdianto, pada Jumaat.

Daripada enam penerbangan yang dijadualkan semula, empat menuju ke Jakarta, satu ke Surabaya dan satu ke Balikpapan.

Di ibu kota wilayah Kalimantan Tengah, pentadbiran Palangkaraya menghulurkan pelitup kepada murid sekolah demi kesihatan mereka kerana mutu udara di bandar itu merosot sejak beberapa hari lalu.

“Baru-baru ini, setiap pagi, kita diselubungi jerebu akibat kebakaran tanah gambut dan hutan. Kami juga melihat ramai murid sekolah yang tidak memakai topeng muka,” kata ketua daerah, Encik Pahandut Berlianto pada Selasa.

Di tenggara Sumatera, agensi alam sekitar ibu kota wilayah Jambi berkata mutu udara di bandar itu dari Isnin hingga Rabu dinilai ‘tidak sihat’ berikutan jerebu daripada kebakaran hutan di wilayah sekitar.

Jerebu tebal mendorong Palang Merah Indonesia untuk menubuhkan ‘rumah oksigen’ untuk menyimpan bekalan oksigen bagi menjangkakan isu kesihatan berkaitan jerebu.

Sementara itu, Agensi Pendidikan Jambi mengarahkan semua sekolah di bandar itu agar mewajibkan penggunaan pelitup muka kepada pelajar dan mengurangkan kegiatan luar.

Di Sumatera Selatan, jerebu tebal akibat kebakaran yang menyelubungi ibu kota wilayah Palembang juga mendorong pihak sekolah untuk mengagihkan pelitup kepada pelajar mereka, sementara pentadbiran bandar mempertimbangkan untuk menutup sekolah buat sementara waktu.


Agensi Mitigasi Bencana Sumatera Selatan berkata pihaknya sedang mempertingkatkan usaha mitigasi kebakaran terutama untuk memerangi kebakaran lahan gambut di Kabupaten Ogan Komering Ilir yang menjadi punca jerebu menyelubungi Palembang.

Data Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan menunjukkan bahawa kebakaran telah menyebabkan sekurang-kurangnya 90,405 hektar tanah gambut dan hutan terjejas di seluruh negara antara Januari dengan Julai 2023.

Indonesia memerangi kebakaran hutan yang dahsyat pada 2015 dan 2019 yang menghasilkan jerebu besar sehingga menyelubungi negara dan sebahagian Asia Tenggara.

Pada 2019, kebakaran memusnahkan sekurang-kurangnya 1.6 juta hektar, kebanyakannya di Sumatera Selatan, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Barat, menyebabkan kejadian jerebu rentas sempadan di Singapura, Brunei dan Semenanjung Malaysia, dan sampai ke utara Thailand dan Vietnam. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >