Jerebu landa selatan Thai, melebihi paras selamat

BANGKOK: Jerebu daripada kebakaran hutan di Indonesia telah sampai ke selatan Thailand, dengan habuk melebihi paras selamat di daerah Hat Yai di wilayah Songkhla.

Gabenor Songhkla, Encik Songpol Sawasditham, menubuhkan bilik operasi pada Isnin (5 Okt) untuk memerangi jerebu.

Kepekatan habuk akibat jerebu itu berada pada paras paling tinggi tahun ini, menurut akhbar Bangkok Post.

Keadaan sama dihadapi di beberapa wilayah selatan lain, termasuk Yala, Pattani dan Satun.

Jerebu dilaporkan juga di wilayah Narathiwat, Nakhon Si Thammarat, Phuket dan Surat Thani.

Pihak berkuasa menyatakan masalah jerebu di Songkhla baru-baru ini adalah yang paling teruk dalam 10 tahun kerana sebelum ini biasanya ia pudar dalam tempoh empat jam, lapor akhbar The Nation.

Sementara itu, pihak berkuasa di Pattani telah memberi amaran kepada nelayan tempatan supaya mengambil langkah berjaga-jaga kerana penglihatan buruk di laut akibat jerebu. - The Nation/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.