KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini (15 Sep) mengarahkan sekolah di Kuala Lumpur, tiga negeri jirannya dan Putrajaya ditutup akibat jerebu semakin teruk.
Indeks pencemaran udara di tempat-tempat itu berada dalam lingkungan atas julat 'tidak sihat' dan hampir ke paras 'sangat tidak sihat'.
Lebih separuh daripada 52 stesen pemantauan di Malaysia mencatat mutu udara 'tidak sihat' pada Selasa disebabkan jerebu dari Indonesia.
Indonesia telah mengisytiharkan darurat jerebu di wilayah Riau. - AFP