Jerebu: Sekolah Sarawak ditutup, di semenanjung dibuka semula

KUCHING: Sedang sekolah di negeri di Semenanjung Malaysia yang dilanda jereb dibuka semula, sekolah Kuching dan Samarahan di Sarawak diarah tutup pada Khamis (17 Sep) kerana mutu udara hampir pada paras sangat tidak sihat.

"Sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau dinasihatkan supaya ditutup kerana bacaan API hampir 200 - tahap sangat tidak sihat," kata Jabatan Pendidikan Negeri dalam satu kenyataaa, merujuk kepada Indeks Pencemaran Udara (API).

Sarawak negeri paling teruk terjejas di Malaysia. Pada 8 pagi Khamis, paras udara tidak sihat di kebanyakan kawasan di negeri itu: Kuching (199), Samarahan (197), Kapit (138), Sarikei (115), Sri Aman (129) dan Sibu (108).

API 100 hingga 200 dianggap tidak sihat.

Sementara itu, sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka, yang diarah tutup pada Selasa (15 Sep), dibuka semula pada Khamis selepas bacaan API jatuh ke bahagian bawah paras tidak sihat. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.