BERLIN: Seorang pengebom bunuh diri meletupkan diri di sebuah restoran dekat selatan Jerman malam kelmarin, menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera, sekali gus menjadi serangan keempat di negara ini dalam tempoh seminggu.
Menteri Dalam Negeri Jerman, Encik Joachim Herrmann, memberitahu agensi berita DPA bahawa penyerang terbabit, yang dipercayai pelarian Syria yang gagal memohon perlindungan suaka politik, menyasarkan festival muzik pop berdekatan restoran yang terletak di Ansbach kira-kira 10 malam waktu tempatan.