BERLIN: Usaha terkini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengundang semula Russia menyertai Kumpulan 7 (G-7) terus mendapat respons hambar apabila satu lagi negara anggota kumpulan itu, Jerman, menolak usulan tersebut baru-baru ini.
Dalam satu wawancara dengan akhbar tempatan yang diterbitkan Isnin lalu, Menteri Luar Jerman Heiko Maas berkata negara itu menolak usulan Encik Trump menjemput Presiden Russsia Vladimir Putin semula menyertai G-7.