Jet pengebom AS terbang di Korea Selatan susuli ujian nuklear Pyongyang

SEOUL: Dua jet pengebom supersonik B-1 Lancer Amerika Syarikat terbang di ruang udara Korea Selatan pada pagi Selasa (13 Sep) bagi menunjukkan kekuatan dan perpaduan dengan sekutunya, di tengah-tengah ketegangan yang memuncak berikutan ujian nuklear kelima Korea Utara pada Jumaat.

Kedua-dua jet pengebom itu menjalankan penerbangan paras rendah di ruang udara Pangkalan Udara Osan di Korea Selatan, iaitu 77 kilometer dari sempadan Zon Bebas Tentera dengan Korea Utara, dengan Utara dan kira-kira 40 kilometer dari ibu negara Seoul.

Penerbangan terjadual itu ditangguhkan dari Isnin kerana keadaan cuaca di Guam, tempat jet pengebom tersebut ditempatkan.

Agensi berita Yonhap Korea Selatan berkata angin lintang berat menghalang jet itu berlepas pada Isnin. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,222.690 +9.120