Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jet Russia serang pemberontak bukan ISIS di Syria

Oct 12, 2015 | 01:14 PM



BEIRUT: Pesawat perang Russia menyerang pemberontak Syria yang tiada hubungan dengan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) pada Ahad (11 Okt), membantu sekutu Moscow, Presiden Bashar Al-Assad, menuntut semula wilayahnya dan menjejas strategi Washington dan sekutunya.


Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, kumpulan yang memantau konflik di negara itu, berkata tentera Syria dan militia Hizbullah Lebanon telah menguasai Tal Skik, kawasan tanah tinggi di wilayah Idlib, selepas pengeboman sengit Russia.


Ini membolehkan tentera kerajaan Syria lebih dekat dengan kedudukan yang dikuasai pemberontak di sepanjang lebuh raya utama yang menghubungkan bandar-bandar utama Syria.


Kawasan itu dikuasai perikatan pemberontak yang tidak termasuk pejuang ISIS.


"Kami berjuang untuk kewujudan kami dan inilah sebabnya pejuang kami menunjukkan kepahlawanan dan memperjuangkan kepercayaan kita terhadap penjajah Rusia," kata Encik Abu Hamed, ketua biro tentera Jabhat Sham, sebuah kumpulan pemberontak yang beroperasi terutamanya dalam wilayah Hama.


"Tentera Syria telah mara dari bandar Mourek dan Atshan di wilayah Hama menggunakan kereta kebal, meriam berat dan peluru berpandu permukaan ke permukaan baru," katanya.


Bagaimanapun, badan pemerhati hak asasi itu dan sebuah stesen televisyen berkata seorang komander kanan Hizbullah terbunuh dalam pertempuran semasa berlawan bagi pihak kerajaan Syria.


Iran pula mengesahkan bahawa komander Kor Pengawal Revolusi Islam negara itu, Jeneral Hossein Hamadani, dibunuh ISIS di Syria pada Khamis lepas. Beliau berkhidmat di Syria sebagai penasihat kerajaan Syria dan sebagai pengawas bagi operasi angkatan tentera pro-Syria.


Campur tangan Russia telah menimbulkan kemarahan musuh serantau Encik Assad, termasuk kebanyakan negara Arab dan Turkey.


Dalam usaha terbesar beliau untuk mendekati mereka, Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Mohammed bin Zayed Al Nahyan, yang memegang jawatan kanan dalam angkatan tentera Emiriah Arab Bersatu.


Pada mesyuarat di luar acara perlumbaan kereta Formula Satu di Sochi di Russia itu, Encik Putin berkata beliau mengalu-alukan peluang umembincangkan keselamatan di rantau itu.


Beliau juga menemui Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putea Mohammed bin Salman.


Sementara itu, Washington dan Moscow telah berusaha mengadakan perbincangan mengenai cara-cara mengelakkan kemalangan tentera di ruang udara Syria.


Pada Sabtu lalu, Washington berkata dua negara itu telah mencapai "kemajuan" dalam perbincangan dan lebih banyak perbincangan telah dirancang. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >