Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johor lancar alat hubungan langsung dengan polis semasa kecemasan

Jul 14, 2014 | 02:37 PM



JOHOR BAHRU: Polis Johor telah melancarkan peranti yang dinamakan S.O.S bagi membantu mangsa jenayah.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata peranti yang mesra pengguna itu merupakan alat untuk menghubungkan orang awam dengan pihak polis ketika berlaku kecemasan.


"Dalam dunia hari ini, polis perlu bergerak lebih ke hadapan bagi menangani penjenayah dan kita perlu menggunakan teknologi untuk memerangi jenayah," katanya kepada para pemberita di sini.


Datuk Mohd Mokhtar berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran butang penggera ResQ yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Beliau berkata, peranti itu merupakan inisiatif daripada penggunaan aplikasi telefon pintar, CommAlert yang dilancarkan pada Mac tahun lepas, yang membolehkan orang awam dapat berhubung dengan polis secara terus apabila berlaku kejadian yang tidak diingini.


Sekiranya berlaku kecemasan, maklumat akan dihantar kepada beberapa pihak - pihak polis, ahli keluarga, penyelia atau pengurus pejabat di tempat kerja - mengikut nama yang diberikan pengguna, katanya.


Datuk Mohd Mokhtar berkata ResQ adalah lanjutan daripada CommAlert (amaran komuniti) aplikasi telefon pintar yang dilancarkan pada Mei tahun lepas. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >