NUSAJAYA: Kerajaan Johor menyangkal desas-desus ia akan keluar daripada Malaysia selepas tersebar rakaman skrin surat pekeliling daripada Pejabat Daerah Segamat mengharahkan bendera kebangsaan Malaysia ditukar dengan dengan bendera daerah negeri.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim, berkata kerajaan negeri dan kerajaan pusat telah mengadakan perjanjian untuk sentiasa bersama sekian lama dahulu.