Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi akan naik kapal perang tentera laut dan lawat Natuna

Jun 23, 2016 | 09:55 AM



JAKARTA: Presiden Joko Widodo akan menaiki kapal perang tentera laut Indonesia dalam satu lawatan yang jarang dilakukan ke perairan Kepulauan Natuna negara itu pada Khamis (23 Jun).



Beliau juga akan mengadakan pertemuan tertutup dengan sekumpulan menteri dan pegawai tentera di atas kapal, kata dua sumber dalaman pemerintah yang tidak mahu namanya disiar, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis.



Walaupun mereka tidak mendedahkan agenda mesyuarat itu, ia sudah pasti akan tertumpu pada isu penangkapan ikan secara haram dan tuntutan berulang-ulang Beijing bahawa zon ekonomi eksklusif (EEZ) Indonesia di Natuna sebahagian daripada "kawasan menangkap ikan tradisional" China.



Lawatan ini akan dibuat hanya beberapa hari selepas Naib Presiden Jusuf Kalla menyatakan dalam temu bual dengan Reuters bahawa Indonesia akan lebih tegas dalam menegakkan kedaulatannya ke atas perairan sekitar Natuna.



Seorang pegawai wilayah juga berkata secara berasingan pada Khamis bahawa Encik Jokowi, nama mesra pemimpin Indonesia itu, merancang memeriksa bot nelayan Yueyandong Yu, yang membawa bendera China, yang ditahan tentera laut kerana menangkap ikan di perairan tersebut.



Jurucakap pemerintah wilayah Kepulauan Riau, Encik Hery Mokhrizal, berkata bot itu dan tujuh anak kapalnya ditahan di Pangkalan Tentera Laut Ranai bagi siasatan selepas ditangkap Jumaat lepas.



Ranai ibu kota Daerah Pentadbiran Natuna, yang terletak di kepulauan Natuna di Laut China Selatan, sekitar 550km ke timur laut pulau Batam dan 530km dari Singapura.



Kehadiran bot itu dan bot nelayan lain China menangkap ikan di Natuna adalah satu muslihat Beijing untuk menyokong tuntutannya di Laut China Selatan, kata komander Armada Barat Indonesia, Laksamana A. Taufiq R., pada Selasa.



China menuntut hampir seluruh Laut China Selatan manakala Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei mempunyai tuntutan bertindih.



Indonesia bukan antara pihak yang menuntut dalam pertikaian itu, tetapi kian bimbang selepas Beijing pada Mac berkata perairan sekitar Natuna, yang berada dalam EEZ Indonesia, sebahagian daripada "kawasan menangkap ikan tradisional" China.



Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, sekali lagi menolak pada Rabu dakwaan Beijing bahawa China dan Indonesia mempunyai tuntutan bertindih di Laut China Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >