Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi ambil langkah lindungi alam sekitar

Apr 15, 2016 | 10:09 AM



JAKARTA: Presiden Joko Widodo merancang mendesak satu penggantungan sementara, atau moratorium, konsesi baru bagi ladang kelapa sawit dan tanah untuk kegiatan perlombongan, dalam usaha melindungi alam sekitar.



Ini bermakna tiada lagi permit atau lesen bagi syarikat minyak sawit dan perlombongan berkembang di Indonesia.



"Kami tidak akan membiarkan ini berlaku lagi. Konsesi perlombongan tidak lagi bertindih dengan tanah pemuliharaan," katanya, sambil menambah bahawa hasil konsesi kelapa sawit sedia ada boleh digandakan dengan benih lebih baik.



Encik Joko berkata demikian semasa lawatan ke Kepulauan Seribu, di utara Jakarta, sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Hutan Antarabangsa pada Khamis (14 Apr), lapor akhbar The Straits Times.



Beliau berkata beliau telah mengarahkan menteri relevan menyediakan moratorium, tetapi tidak memberi tempoh masa bagi pelaksanaannya.



"Kita perlu berani berbuat demikian, kita perlu konkrit, betul-betul." katanya sambil melepaskan penyu ke laut.



Penganalisis industri berkata pengumuman Mr Joko adalah satu petunjuk bahawa kerajaan Indonesia mendengar penyokong hijau.



Kebanyakan juga berkata produktiviti adalah caranya jika Indonesia serius hendak membendung penebangan hutan di samping mengekalkan hasil kukuh daripada ladang sedia ada.



Pada Mei tahun lepas, Encik Joko melanjutkan moratorium bagi pembuakaan hutan primer dan tanah gambut. Ia kali kedua pengharaman mengeluarkan konsesi kepada syarikat perladangan diperbaharui sejak perintah presiden dikeluarkan pada 2011, tetapi itu sebahagian daripada matlamat lebih besar mengurangkan penebangan hutan dan pelepasan karbon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >