Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi di S'pura raikan kejayaan anak tamat pengajian

Nov 21, 2014 | 05:17 PM



PRESIDEN Indonesia, Encik Joko Widodo, kini berada di Singapura bagi meraikan kejayaan anaknya menamatkan pengajian untuk program International Baccalaureate (IB) di Sekolah Anglo-Chinesse (International) Singapura.


Ini merupakan kali pertama presiden yang mesra dengan panggilan 'Jokowi' ke luar negara untuk urusan peribadi.


Laman berita detiknews melaporkan, Encik Jokowi berada di Singapura bersama-sama isterinya, Cik Iriana dan sekumpulan anggota pasukan pengiringnya.


"Soalnya ini urusan pribadi. Anak saya mau diwisuda (tamat pengajian)," katanya yang ditukil sebelum menaiki pesawat Garuda di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Banten, tadi.


Anak Encik Jokowi, Kaesang Pangarep, 20 tahun, diketahui aktif di media sosial itu.


Kaesang merupakan anak bungsu Jokowi dan bakal meraikan harijadinya pada 25 Disember ini.


"Acara meraikan tamat pengajian itu berlangsung malam ini, esok pagi saya pulang," kata Encik Jokowi.


"(Presiden) akan menghadiri majlis tamat pengajian anak lelakinya mulai 7 malam hingga 9 malam (Jumaat). Beliau akan kembali ke Jakarta pad 10 pagi Sabtu," kata jurucakap Kedutaan Indonesia di sini, yang ditukil laman berita, The Jakarta Post, hari ini. 


Sebelum ini, presiden ke-7 Indonesia itu memang kerap turun-naik ke Singapura untuk melawat anaknya.


Namun pada masa itu, beliau masih berstatus gabenor Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta dan wali kota Solo.


Perjalanan 'sederhananya' tidak banyak diketahui orang.


Untuk perjalanan kali ini, terasa berbeza, terutamanya dari segi pengawalan.


Sebelum ini, ketika menjadi gabenor atau wali kota, beliau hanya ditemani satu atau dua orang sahaja.


Kali ini, pemergiaannya perlu dilengkapi pasukan pengiring seramai 11 orang - yang kesemuanya dibiayai sendiri oleh Encik Jokowi.


"Untuk itu (biaya) keluar dari Jokowi sendiri karena ini urusan keluarga," kata Setiausaha Kabinet, Encik Andi Widjajanto, semasa ditemui di Istana Presiden di Jakarta, tadi.


"Mengiringi Encik Jokowi adalah hak petugas protokol yang melekat 24 jam ke Pak Jokowi sebagai presiden.


"Di luar itu, hak petugas protokol pengiringannya tidak diberikan kerana ke Singapura tidak dalam rangka tugas kepresidenan tapi pergi sebagai seorang ayah yang akan melihat anaknya tamat pengajian," kata Encik Andi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >