Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi gesa pemimpin wilayah berkecuali jelang pilihan raya 2024

Oct 31, 2023 | 12:09 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo menekankan kepentingan berkecuali bagi semua ketua wilayah, menjelang Pilihan Raya Umum 2024.


Beliau yang akrab dengan panggilan Presiden Jokowi, menyatakan bahawa beliau menilai kerja pimpinan wilayah itu setiap hari, dan menyingkirkan mana-mana yang didapati berat sebelah.

“Saya menilai (kerja mereka) setiap hari. Apabila mereka menjadi penyangak, saya akan menukar kedudukan mereka.

“Itu hak istimewa saya,” katanya ketika berucap di hadapan semua pemangku ketua wilayah Indonesia, di Istana Presiden di Jakarta pada Isnin lalu.

Encik Jokowi turut menggesa semua pemangku ketua wilayah, supaya memberikan sokongan penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu).

“Namun, jangan campur tangan dalam kerja mereka,” tegas beliau lagi.

Beliau juga berkata, sokongan dan bantuan itu boleh diberikan dalam bentuk bajet operasi yang sepatutnya diagihkan segera.

Encik Jokowi turut mengingatkan pemangku ketua wilayah supaya tidak memihak kepada mana-mana calon pilihan raya.

Demokrasi ketiga terbesar di dunia itu akan mengadakan Pilihan Raya Presiden dan perundangan pada 14 Februari dengan hampir 205 juta pengundi yang layak, kira-kira satu pertiga daripadanya berumur di bawah 30 tahun.

“Saya juga minta anda jangan berpihak. Kerja anda sedang dipantau. Sangat mudah untuk mengesan pemangku ketua wilayah mana yang menyebelahi,” kata Encik Jokowi, dipetik oleh agensi berita rasmi, Antara.


Selain itu, beliau menyeru pemangku ketua wilayah agar memastikan semua ASN (kakitangan pemerintah) berkecuali dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 2024.

“Akhir sekali, sila kekalkan keharmonian dalam saf anda. Selesaikan segera jika ada percikan api berkaitan politik,” katanya.

Menurut Encik Jokowi, beliau akan menilai semua arahan itu setiap hari. Pelbagai halangan berkaitan pelaksanaan pilihan raya boleh dilaporkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kepada presiden.

“Saya akan terus memantau kerja dan tugas anda. Jika ada masalah, sila segera laporkan kepada KDN. Jika serius, segera datang kepada saya, supaya saya boleh membantu,” ujar beliau.

Pertemuan presiden bersama pemangku ketua wilayah dihadiri 37 pemangku datuk bandar, 133 pemangku ketua daerah dan 23 pemangku gabenor di seluruh Indonesia.

Terdahulu Encik Jokowi makan tengah hari bersama tiga calon presiden yang akan bertanding dalam pemilihan presiden 2024, iaitu Encik Prabowo Subianto, Encik Ganjar Pranowo dan Encik Anies Baswedan di Istana Merdeka, Jakarta, pada Isnin. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >