BEKASI (Indonesia): Pengurus kilang Indonesia, Encik Ronie, yang kilangnya menghasilkan kasut bagi pasaran di negara Barat, merancang memberhentikan pekerjanya setelah tempahan merosot dan gaji pekerja meningkat - contoh cabaran yang dihadapi Presiden Joko 'Jokowi' Widodo dalam merangsang kesuraman sektor pengilangan di negara itu.
Presiden Jokowi mahu merangsang ekonomi Indonesia, terbesar di Asia Tenggara, yang kini tumbuh di paras paling rendah dalam tempoh lima tahun, selain mengurangkan penggantungan negara itu kepada eksport komoditi.