Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi: Indonesia sedia bantu hurai isu tuntutan Laut China Selatan

Aug 12, 2014 | 06:22 PM



TOKYO (Jepun): Indonesia sedia menjadi 'orang tengah' dalam menghuraikan isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan, kata bakal Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, hari ini.


Menurut Gabenor Jakarta itu, beliau akan menggunakan pendekatan diplomatik bagi membantu mencari penyelesaian dalam konflik berkenaan.


Tuntutan bagi hampir kesemua kawasan di wilayah Laut China Selatan itu telah menyebabkan Beijing menghadapi pertikaian dengan Filipina dan Vietnam.


"Kita mengharapkan pertikaian itu dapat diselesaikan dengan secara diplomatik, dan Indonesia bersedia memainkan peranan sebagai orang tengah," kata Gabenor Jakarta itu yang mesra dengan panggilan 'Pak Jokowi' itu dalam temu ramah dengan akhbar Asahi yang disiarkan dalam bahasa Jepun hari ini.


"Saya enggan menerima penyelesaian secara ketenteraan," katanya.


Indonesia tidak terlibat dalam pertikaian dengan China berhubung Laut China Selatan, dan ia sebelum ini pernah menjadi orang tengah dalam penyelesaian isu membabitkan kawasan perairan.


Encik Jokowi menambah, beliau akan berusaha membantu mempercepatkan penyediaan draf kod tatacara antara China dan 10 anggota ASEAN.


Ulasannya dibuat ketika Beijing menuduh Washington dengan sengaja cuba mewujudkan ketegangan di Laut China Selatan, dan menolak cadangan Amerika Syarikat bagi membekukan tindakan provokatif di rantau berkenaan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >