JAKARTA: Gabenor Jakarta, Joko Widodo (Jokowi), mempunyai kelebihan 9 peratus mengatasi bekas general Prabowo Subianto dalam tempoh kurang dua minggu menjelang Pemilihan Presiden pada 9 Julai ini, menurut tinjauan umum yang dikeluarkan semalam.
Dalam kaji selidik yang dijalankan pada 5 hingga 24 Jun lalu ke atas 790 pengundi, Institut Sains Indonesia mendapati 43 peratus sokongan diberi kepada Encik Jokowi, 34 peratus bagi Encik Prabowo dan 23 peratus tidak pasti.