Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi pendekkan lawatan ke AS bagi tangani krisis jerebu yang semakin buruk

Oct 27, 2015 | 09:27 AM



PRESIDEN Joko 'Jokowi' Widodo akan memendekkan lawatan beliau ke Amerika Syarikat dan pulang ke Indonesia pada Khamis (29 Okt), mungkin terbang langsung ke Sumatera Selatan atau Kalimantan Tengah.


Beliau membuat keputusan itu selepas menerima berita bahawa keadaan jerebu di dua wilayah tersebut bertambah teruk sejak dua hari lalu.


"Saya membuat keputusan untuk membatalkan lawatan saya ke Pantai Barat dan mungkin terbang ke Kalteng atau Sumsel," kata Encik Jokowi, merujuk kepada nama tempatan bagi dua wilayah itu, selepas perbualan telefon dengan Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Encik Luhut Panjaitan, pada Isnin.


Seseorang anggota pasukan komunikasi presiden memberitahu akhbar The Straits Times Encik Jokowi membuat keputusan itu selepas menerima maklumat terkini mengenai keadaan di lapangan.


Ini lawatan pertama Encik Jokowi ke Amerika dan beliau bertemu Presiden Barack Obama di Rumah Putih pada Isnin.


Beliau seharusnya pergi ke San Francisco pada Rabu untuk menemui pegawai daripada Apple, Facebook, Google dan Microsoft, serta pengurus dana dan pemodal teroka bagi memajukan Indonesia sebagai "ekonomi digital terbesar di Asia Tenggara".


Pertemuan itu kini akan diserahkan kepada menteri lain, yang akan kekal di Amerika bagi baki lawatan tersebut.


Encik Jokowi dan Wanita Pertama Iriana dijangka tiba di Indonesia pagi Khamis.


Pemerintah Indonesia sedang bersedia bagi satu operasi besar-besaran, di darat dan laut, bagi apa yang kelihatan sebagai suatu pemindahan pasti ribuan bayi dan kanak-kanak dari rumah mereka di bahagian-bahagian di Sumatera dan Kalimantan.


Tiga kapal perang tentera laut Indonesia tiba semalam di perairan Banjarmasin di Kalimantan Selatan dengan bekalan bantuan kecemasan.


Armada itu, yang termasuk sebuah kapal hospital tentera laut, juga akan berfungsi sebagai pusat pemindahan jika keadaan terus menjadi lebih teruk, terutamanya di ibu kota Kalimantan Tengah, Palangkaraya, di mana Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) secara konsisten berada pada paras empat angka.


Jabatan Kesihatan Indonesia sudah mengesahkan bahawa 12 orang telah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, antara mereka bayi, remaja dan seorang wanita berusia 65 tahun.


Bilangan orang yang dirawat bagi penyakit berkaitan jerebu di seluruh Indonesia pula telah melepasi angka setengah juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >