Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi rombak Kabinet ke arah capai pertumbuhan ekonomi kukuh

Jul 27, 2016 | 02:39 PM



JAKARTA: Presiden Joko 'Jokowi' Widodo menamakan satu Kabinet baru pada Rabu (27 Jul) dalam usaha menangani jurang pendapatan Indonesia dan meletak negara itu pada kedudukan mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh.



Antara perubahan utama ialah pelantikan Dr Sri Mulyani Indrawati, sekarang pengarah urusan di Bank Dunia, sebagai Menteri Kewangan.



Untuk memimpin pelan induknya menjadikan Indonesia sebuah kuasa maritim, Encik Jokowi memindahkan orang kuat politiknya, Encik Luhut Pandjaitan, daripada Kementerian Penyelaras bagi Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, untuk menggantikan Encik Rizal Ramli sebagai Menteri Penyelaras bagi Ehwal Maritim.



Encik Luhut akan digantikan oleh mantan jeneral Wiranto, yang bertanding bagi jawatan presiden pada 2014.



Presiden Jokowi memberitahu media semasa mengumumkan rombakan Kabinet kedua dalam tempoh dua tahun itu bahawa Indonesia perlu terus menangani kemiskinan dan ketidaksamaan ekonomi.



"Dalam tempoh dua tahun lalu, kita menghadapi pelbagai cabaran tidak mudah," katanya. "Kita mesti meningkatkan usaha menangani masalah ini (kemiskinan), kita mesti mempercepat pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi kelemahan global dan pada masa yang sama, daya saing global. Kita mesti mewujudkan lebih banyak pekerjaan, untuk mencipta kemakmuran."



Terdapat sembilan muka baru dalam barisan Kabinet itu, termasuk Dr Sri Mulyani, yang pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan dari 2005 hingga 2010 semasa presiden Dr Susilo Bambang Yudhoyono.



Beliau mengambil alih daripada Encik Bambang Brodjonegoro, yang akan mengetuai Badan Perancangan Pembangunan Nasional (Tel).



Muka baru lain yang mengetuai kementerian utama ialah Dr Archandra Tahar (Menteri Tenaga), Encik Budi Karya Sumadi (Menteri Pengangkutan), Encik Muhadjir Effendy (Menteri Pelajaran), Dr Enggartiasto Lukita (Kementerian Perdagangan) dan Encik Airlangga Hartarto (Kementerian Pertanian dan Industri).



Ramai pemerhati terkejut Encik Luhut dipindahkan daripada Kementerian Penyelaras Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, walaupun beberapa penganalisis percaya ia sebahagian daripada strategi Encik Jokowi untuk menggerakkan pelan induk maritim beliau.



Satu langkah yang dialu-alukan ialah pelantikan Dr Sri Mulyani, yang majalah Forbes letak di tangga ke-37 dalam senarai tahunan 100 wanita paling berkuasa bagi 2016.



Pemerhati berkata rombakan Kabinet itu mencerminkan penyatuan kuasa Encik Jokowi selepas beliau mendapat sokongan pembangkang Golkar dan bagi pergerakan menteri untuk memacu agenda dasar beliau sepanjang baki tempoh jawatan beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >