Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi tukar selera, kini minat Slank dan Burgerkill

Mar 28, 2017 | 04:53 PM



PRESIDEN Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, mendedahkan beliau meminati dendangan kumpulan metal tempatan, Slank dan Burgerkill, lapor The Jakarta Post hari ini



Menurutnya, seni kata daripada lagu-lagu yang didendangkan kumpulan itu membuatnya berasa optimistik dan memberinya semangat untuk maju.



Hal ini diungkap beliau sebagai menjawab soalan seorang pelajar, Evan Sihombing, 14 tahun, kepadanya menerusi sesi soal-jawab bersama golongan muda yang rata-rata berusia antara 13 hingga 20 tahun, di mana rakaman video acara itu dimuatnaikkan ke laman Facebook beliau.



Encik Jokowi sebelum ini diketahui meminati kumpulan rok Metallica dan Scorpion, dengan album "Master of Puppets" dan lagu "One" merupakan antara yang digemari beliau.



Menjawab soalan kedua yang diajukan oleh Rangga Wiguna, yang bertanyakan sekiranya beliau bakal menjadi anggota sebuah kugiran sekiranya tidak menjadi seorang ahli politik, Encik Jokowi berkata, beliau ingin menjadi seorang pemain dram jika menganggotai kumpulan sedemikian.



Beliau menerangkan bahawa seruan untuk menjadi seorang ahli politik boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tetapi seseorang harus ingat bahawa ahli politik dan pemimpin mesti mempunyai wawasan dan matlamat yang boleh membawa kebaikan lebih baik kepada rakyat.



Bertajuk #JokowiMenjawab, video itu mengandungi satu sesi soal-jawab yang tertumpu kepada soal muzik dan industri kreatif dan memaparkan empat soalan.



Ia menawarkan peluang kepada generasi muda bertanyakan soalan dalam bentuk video 30 saat yang diposkan di YouTube.



Secara keseluruhan, Encik Jokowi menerima sejumlah 425 video dari golongan sasarannya yang datang dari 26 wilayah. - The Jakarta Post




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >