Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jong Un mahu Korea S dianggap sebagai ‘musuh utama’ Pyongyang

Jan 16, 2024 | 05:22 PM



PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, pada Isnin menggesa agar perlembagaan diubah bagi memastikan Korea Selatan dilihat sebagai “musuh utama” dan memberi amaran kepada negaranya tidak berhasrat untuk mengelak peperangan sekiranya ia berlaku, lapor media kerajaan KCNA pada Selasa.


Berucap di Perhimpunan Agung Rakyat Korea Utara di Parlimen negara itu, Presiden Kim berkata itu adalah kesimpulan terakhirnya, bahawa penyatuan dengan Selatan tidak lagi boleh dilakukan. Beliau menuduh Seoul menuntut keruntuhan rejim Korea Utara dan penyatuan melalui penyerapan.

“Kami tidak mahu berperang tetapi kami juga tidak berniat mengelaknya,” kata Encik Kim.

Tiga pertubuhan yang berurusan dengan penyatuan dan pelancongan antara dua Korea akan ditutup, kata KCNA. Tindakan itu dibuat ketika ketegangan memburuk di Semenanjung Korea baru-baru ini, di tengah-tengah siri ujian peluru berpandu dan desakan oleh Pyongyang untuk memecahkan dasar terhadap Korea Selatan.


Penganalisis berkata kementerian luar Korea Utara boleh mengambil alih hubungan dengan Seoul, dan berpotensi membantu mewajarkan penggunaan senjata nuklear terhadap Selatan dalam perang masa depan.


Sambil menyifatkan Korea Selatan sebagai “musuh nombor satu” dalam perlembagaannya, Encik Kim juga berkata perang akan memusnahkan Selatan dan memberi kekalahan “tidak dapat dibayangkan” kepada Amerika Syarikat.

Encik Kim juga berkata jika perang meletus di semenanjung Korea, perlembagaan negara itu harus mencerminkan isu “menduduki, menawan semula dan menggabungkan Selatan ke dalam wilayahnya”. – Reuters.

Dalam laporan untuk projek 38 North yang berpangkalan di Amerika minggu lalu, bekas pegawai Jabatan Negara, Encik Robert Carlin, dan saintis nuklear, Encik Siegfried Hecker, berkata mereka melihat keadaan di Semenanjung Korea lebih berbahaya daripada yang pernah berlaku sejak awal Jun 1950.


“Itu mungkin kedengaran terlalu dramatik, tetapi kami percaya bahawa, seperti datuknya pada 1950, Kim Jong Un telah membuat keputusan strategik untuk berperang,” tulis mereka.


“Kami tidak tahu bila atau bagaimana Kim merancang untuk menarik pencetus, tetapi bahayanya sudah jauh melebihi amaran rutin di Washington, Seoul dan Tokyo mengenai ‘provokasi’ Pyongyang.”


Bagaimanapun, pemerhati lain lebih optimistik, dengan mengatakan perubahan itu hanya mencerminkan realiti dan mungkin membantu kedua-dua Korea akhirnya memulihkan hubungan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >