SAN FRANCISCO: Apple Inc mencatatkan kemerosotan penjualan iPhone dan buat julung-julung kalinya mencatatkan penurunan keuntungan dalam tempoh 13 tahun ketika saingan di pasaran telefon bimbit semakin sengit.
Jualan syarikat Apple menurun, terutama di China, yang menjadi pasaran kedua terpenting selepas Amerika Syarikat, bagi suku pertama tahun ini, sekali gus turut memberi kesan kepada pendapatan keseluruhan syarikat tersebut.