KUALA LUMPUR: Kurang 10 hari daripada tarikh perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini, penganjur himpunan itu bertindak menghangatkan suasana dengan melontarkan satu cabaran kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Bersih 2.0, Cik Maria Chin Abdullah, memberi mesej kepada Datuk Seri Najib - izinkan mereka berhimpun tanpa sebarang kekangan; jika tidak ramai turut serta, perdana menteri boleh menganggapnya satu pengiktirafan kepada pentadbiran beliau, lapor Malaysian Insider semalam.