Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jumlah korban gempa Afghan-Pak dijangka meningkat

Oct 28, 2015 | 04:50 PM



KABUL-ISLAMABAD (Afghanistan-Pakistan): Kesan sebenar kerosakan dan kemusnahan yang dialami menyusuli gempa bumi yang berlaku Isnin lalu akan hanya diketahui dalam beberapa hari lagi. 


Ini memandangkan kebanyakan kawasan terjejas diselimuti salji dan banyak laluan tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh.


Dalam kenyataannya hari ini, Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (ICRC-IFRC) menyatakan, gempa bumi sekuat 7.5 pada skala Richter itu berpusat di kawasan Jerm di wilayah Badakhshan, berhampiran sempadan Pakistan.


Pertubuhan Bulan Sabit Afghanistan dan Pakistan pula menyatakan, mereka kini membantu lebih ramai orang yang menjadi mangsa gempa bumi yang berlaku Isnin lalu, sedang jumlah korban melepasi 300 orang dan lebih 2,000 lagi cedera.


"Jumlah korban dijangka meningkat," kata Encik Nangyalay Yousufzai, Ketua Cawangan Pertubuhan Bulan Sabit Afghanistan, yang kini berada di kawasan terjejas gempa.


Menyusuli gempa itu, Pertubuhan Bulan Sabit Merah Pakistan serta-merta mengerahkan bantuan.


"Keperluan perubatan untuk merawat lebih 350 pesakit telah dihantar ke Hospital Lady Reading di Peshawar dan Hospital Ibu Pejabat Daerah Swat.


"Kedua-dua pasukan kerahan kecemasan terlibat aktif dalam merawat mangsa yang cedera dan menyediakan bantuan asas kepada penduduk yang terjejas.


"Ia akan mengambil masa beberapa hari untuk mengetahui kesan sebenar kerosakan yang dialami memandangkan kebanyakan kawasan kini diselimuti salji dan banyak jalan raya kini terhadang kerana tanah runtuh," kata ICRC-IFRC dalam kenyataannya kepada media antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >