Jumlah korban Mers terus bertambah

JEDDAH: Jumlah korban jangkitan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di Arab Saudi terus meningkat kepada 126 orang dengan sembilan daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Jumlah mereka yang dijangkiti Mers di negara itu telah mencapai 463 orang, dengan 32 kes jangkitan terbaru, menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, dalam satu kenyataan semalam.

Antara yang menjadi korban termasuk lima lelaki sementara mangsa termuda ialah seorang wanita berusia 45 tahun, yang maut di Riyadh, menurut Arab News semalam.

Seramai 20 pesakit baru merupakan lelaki dengan bakinya wanita. - Agensi berita

Waktu Solat

Subuh
5:51
Syuruk
7:14
Zuhur
1:16
Asar
4:39
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.