Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jumlah pelarian Rohingya naik di Indonesia, disyaki akibat seludup manusia

Dec 19, 2023 | 02:44 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia sedang menyiasat kaitan antara pemerdagangan manusia dan peningkatan jumlah ketibaan pelarian Rohingya di beberapa negara, termasuk Indonesia, kata Naib Presiden, Encik Ma’ruf Amin.


“Kami sedang mencari tahu mengapa mereka tiba di sini. Indonesia bukan negara destinasi mereka, tetapi semacam tempat transit, dan kami mengesyaki pemerdagangan manusia.

“Sekarang, ini mesti dicegah sebelum ia menjadi masalah yang berterusan di masa hadapan,” ujar beliau, dipetik agensi berita Antara pada 18 Disember.


Encik Ma’ruf berkata pemerdagangan manusia perlu dicegah agar isu pelarian Rohingya tidak menjadi masalah jangka panjang.

Beliau menegaskan bahawa Indonesia bukan parti dalam Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1952.

Menurut beliau, dalam menangani pelarian Rohingya, pemerintah Indonesia terus berkoordinasi dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) dalam mencari tempat perlindungan agar ketibaan Rohingya tidak mengganggu kehidupan penduduk tempatan, selain menjalankan usaha pencegahan pemerdagangan.

“Kami juga menghalang kemungkinan percubaan untuk membawa masuk pelarian Rohingya dengan sindiket pemerdagangan, yang didakwa berada di belakang ketibaan Rohingya.

“Kami akan memantau dengan teliti perkara ini,” tambahnya.

Beliau selanjutnya menjelaskan, keputusan pemerintah mengambil pelarian Rohingya adalah atas dasar kemanusiaan.

“Tetapi ia memerlukan kos yang besar, oleh itu, kami sedang menyelaraskan dengan UNHCR, yang mandatnya termasuk menyokong pelarian,” ujar beliau.

Sementara itu, Polis Banda Aceh telah menahan dan menamakan seorang etnik Rohingya, Muhammed Amin, sebagai suspek dalam dakwaan kes penyeludupan manusia ke Indonesia.

“Suspek berusia 35 tahun itu, berasal dari Myanmar. Dia merupakan pelarian dari Kem 1 Blok H-88 Kutupalum, pusat perlindungan Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh,” kata Ketua Polis Banda Aceh, Pesuruhjaya Fahmi Irwan Ramli, pada 18 Disember.

Terdahulu, Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo menyuarakan kebimbangan dengan jenayah pemerdagangan manusia yang dikaitkan dengan peningkatan jumlah pelarian Rohingya yang memasuki Indonesia, khususnya di Aceh.


Beliau berkata pemerintah komited untuk menangani situasi itu dengan langkah-langkah yang ketat.


Indonesia melalui Kementerian Luar juga akan terus menyelaras dengan organisasi antarabangsa untuk menangani isu pelarian Rohingya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >