Juri Amerika siasat tuduhan rasuah libatkan Najib dan anak tirinya

NEW YORK - Sebuah juri persekutuan Amerika sedang menyiasat tuduhan rasuah melibatkan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan orang-orang yang dekat dengannya di atas pembelian hartanah di negara tersebut.

Siasatan itu juga membabitkan bayaran AS$681 juta (S$964 juta) yang dipercayai disalurkan ke akaun bank peribadi Datuk Seri Najib.

Laporan akhbar The New York Times (NYT) melaporkan siasatan Jabatan Kehakiman itu, yang menyiasat rasuah antarabangsa, memberi tumpuan kepada hartanah-hartanah di Amerika yang dibeli sejak beberapa tahun kebelakangan ini oleh syarikat-syarikat 'kosong' kepunyaan anak tiri Datuk Najib, Encik Riza Aziz.

Ia juga menyiasat hartanah-hartanah lain melibatkan peniaga Low Taek Jho, atau lebih dikenali Jho Low.

Siasatan bermula sebagai respons kepada laporan NYT mengenai kondominium-kondominium di Time Warner Centre di Manhattan, yang pemilikannya diselindungi oleh syarikat-syarikat 'kosong', kata laporan tersebut dengan menukil orang-orang yang mengetahui kes itu.

Dalam satu artikel, NYT melaporkan lebih AS$150 juta nilai hartanah perumahan mewah telah dikaitkan dengan sama ada dengan Riza Aziz, seorang penerbit filem, atau dengan Jho Low.

Hartanah tersebut termasuk sebuah rumah penthouse di Time Warner Centre bernilai AS$30.55 juta yang dibeli syarikat kosong yang dikaitkan dengan dana amanah keluarga Low, kata laporan itu.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.