Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jurutera dibunuh di JB dipercayai dek cinta tiga segi

Jul 04, 2016 | 08:13 AM



JOHOR BAHRU: Seorang jurutera minyak dan gas berusia 31 tahun dipercayai dibunuh di Johor Bahru dek cinta tiga segi.



Difahamkan bahawa Encik Tan Chuen Take, yang bekerja di Singapura dan tinggal di Taman Dato Chellam di Ulu Tiram, cuba memikat temanita orang lain.



Encik Tan dilaporkan hilang pada 26 Jun, sehari selepas rakaman CCTV dari kawasan rumah beliau menunjukkan beliau meninggalkan rumahnya sekitar 5 petang. Itu kali terakhir sesiapa melaporkan melihat beliau, lapor akhbar The Star pada Ahad (3 Jul).



Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata seorang wanita berusia 22 tahun dan seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan di Taman Indahpura di Kulai pada 3 pagi Jumaat lalu.



Beliau berkata tangkapan itu membawa kepada penemuan mayat mangsa pada kira-kira 6 petang. Ia ditanam di hutan terpencil dekat Kulai, di tepi lebuh raya Link Kedua.



"Pasangan itu menculik mangsa tanpa meminta wang tebusan daripada keluarganya, dan kami percaya motif penculikan dan pembunuhan itu ialah cemburu dan dendam," kata Datuk Wan Ahmad pada Sabtu.



Mayat reput itu telah dihantar bagi pemeriksaan bedah siasat dan ujian DNA untuk mengesahkan identitinya, akhbar China Press melaporkan pada Ahad.



Siasatan pelibatan suspek wanita itu dalam jenayah tersebut sedang dijalankan, kata Datuk Wan Ahmad.



Beliau berkata polis sedang mengkaji kemungkinan lebih ramai suspek terlibat dalam kes tersebut. Beliau berkata pasangan itu ditahan reman untuk membantu siasatan.



Menurut sumber, mayat Encik Tan ditemui dengan kesan dan tanda terbakar, menunjukkan kemungkinan beliau diseksa sebelum kematiannya, menurut China Press.



Encik Tan, yang berasal dari Pulau Pinang, satu-satunya anak lelaki dalam kalangan lima adik-beradik dan mula bekerja di Singapura kira-kira dua tahun lalu.



Apabila beliau tidak dapat ditemui atau dihubungi, majikannya di Singapura membuat laporan polis di Republik itu.



Pada masa laporan itu dibuat di Singapura, Encik Tan tidak datang bekerja dan tidak memohon cuti




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >