Juruterbang Air India cuba hubungi MH17

NEW DELHI: Sebuah pesawat Air India yang terbang kurang daripada 25 kilometer dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan telah cuba menghubungi juruterbang penerbangan MH17 itu apabila ia ditembak jatuh, lapor The Times of India.

Akhbar itu berkata, para pengawal lalu lintas udara Ukraine telah meminta juruterbang Air India untuk cuba menghubungi pesawat malang itu yang telah berhenti menjawab panggilan pusat pengawalan udara.

Namun, pesawat Air India dalam perjalanan dari Delhi ke Birmingham itu tidak menerima sebarang jawapan, kata akhbar itu.

"Pesawat Air India berada kurang daripada 25 kilometer dari pesawat Malaysia itu apabila ia terkena peluru berpandu," kata sumber Air India.

"Apabila juruterbang mengetahui punca nahas, mereka amat terkejut."

Menurut akhbar berkenaan, sudah menjadi amalan biasa bagi para pengawal lalu lintas udara untuk bertanyakan juruterbang-juruterbang pesawat di kawasan berdekatan untuk berhubung dengan juruterbang yang telah berhenti menjawab panggilan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.