BANGKOK (THE NATION/ASIA NEWS NETWORK) - Seorang juruterbang bersama sebuah syarikat penerbangan bajet rebah semasa pesawatnya berlepas dari Hat Yai ke Bangkok semalam.
Juruterbang penerbangan Lion Air SL 8537 kemudian kembali membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Hat Yai dan bergegas menghantar rakan juruterbangnya itu ke sebuah hospital.
Namun, beliau, seorang warga Belanda yang namanya tidak didedahkan, meninggal dunia di hospital.
Bagaimanapun, kesemua 152 penumpang penerbangan itu selamat.