Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jusuf Kalla: Indonesia alu-alu sebarang negara bantu padam api

Sep 28, 2015 | 03:25 PM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia mengalu-alukan mana-mana negara, termasuk Singapura, yang mahu membantu memadamkan kebakaran hutan dan tanah di negara itu untuk menghapuskan jerebu, ujar Naib Presiden Jusuf Kalla.


"Teruskan, kami terbuka. Singapura boleh datang dan lihat sendiri jika mereka mahu membantu. Jangan hanya cakap (mengenainya)," kata beliau pada Ahad (27 Sep) di New York, menurut sebuah laporan oleh agensi berita Antara.


Singapura sebelum ini melahirkan kekecewaan terhadap Indonesia mengenai jerebu yang turut melanda negara-negara jirannya dan menyatakan kesediaan membantu melawan kebakaran, tetapi tawaran itu telah ditolak.


Encik Kalla berkata pemerintah Indonesia telah bekerja keras untuk memadamkan kebakaran itu tetapi ia sukar dilakukan dalam masa singkat.


"Kami telah melakukan segala yang boleh kami lakukan. Oleh kerana ia telah memberi kesan ke atas negara-negara lain, jika mereka mahu membantu, maka teruskan," katanya. - THE JAKARTA POST/ASIA NEWS NETWORK)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >