Kabinet baru Mesir ramai muka lama

KAHERAH: Perdana Menteri, Ibrahim Mahlab mengetuai barisan Kabinetnya dalam upacara angkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Abdel Fattah al-Sisi yang disiarkan secara langsung oleh televisyen hari ini.

Namun demikian, sebahagian besar anggota Kabinet baru ini terdiri daripada muka lama manakala bekas duta ke Washington, Encik Sameh Shoukri dilantik sebagai menteri luar bagi menggantikan Encik Nabil Fahmy.

Kabinet baru Mesir 34 orang itu mempunyai 13 menteri baru termasuk bekas tokoh perbankan terkemuka, Encik Ashraf Salman yang dilantik sebagai menteri pelaburan.

Encik Abdel Fattah yang mengetuai penggulingan Presiden Mohamed Morsi oleh tentera, mengarahkan Mahlab membentuk kerajaan berikutan pengisytiharan beliau sebagai presiden baru pada 8 Jun lalu.

Profesor Sains Politik dari Universiti Kaherah, Encik Mustapha Kamel al-Sayyid, berkata adalah menjadi satu kelaziman bagi presiden memberi pandangannya mengenai siapa yang patut dilantik bagi jawatan menteri luar, menteri dalam negeri serta menteri pertahanan dan keadilan. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.