Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANCAMAN IS

Kabinet Malaysia tolak cadangan kenakan visa bagi pelawat dari Timur Tengah

Jul 14, 2016 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kabinet Malaysia menolak cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mahu memperkenal penggunaan visa buat warga Timur Tengah yang memasuki Malaysia.



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan menyeluruh dilakukan dalam mesyuarat Kabinet semalam.



"Kami mengakui bahawa ancaman militan IS ialah satu perkara serius, tetapi kami memutuskan tidak mengkaji semula kaedah kemasukan guna visa bagi negara Timur Tengah.



"Isu sebenar di sini ialah penguatkuasaan, jadi kami memerlukan kaedah saringan lebih ketat di pintu masuk ke Malaysia.



"Jika kita mahu menerima cadangan MKN, ia bermakna kita perlu mengkaji semula syarat kemasukan bagi semua negara, bukan sahaja Timur Tengah," katanya dalam sidang akhbar semalam.



Selain pemeriksaan yang lebih ketat, Datuk Nazri juga memberi tiga sebab mengapa cadangan itu ditolak.



"Kajian semula keperluan visa sentiasa dua hala, jadi Malaysia tidak boleh membuat keputusan unilateral mengenai perkara ini.



"Selain itu, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan negara sahabat di Timur Tengah, di mana kesemuanya adalah juga anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)," katanya. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >