PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet yang bertujuan menangani setiap isu berkaitan kenaikan kos sara hidup rakyat ketika ini.
Serentak dengan itu beliau memberitahu bahawa jemaah menteri yang bermesyuarat kelmarin telah mengarahkan semua menteri agar turun padang untuk melihat secara lebih dekat isu tersebut melalui portfolio masing-masing.