KUALA LUMPUR: Kabinet Malaysia sedang membincangkan kemungkinan membentuk pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan rasuah semasa pembelian dua kapal selam Perancis pada 2002, semasa kementerian pertahanan diketuai mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pendakwa raya kewangan Perancis sedang meneliti penjualan kapal selam kelas Scorpene itu, yang dibina syarikat pembina kapal perang milik negara, DCN International (DCNI), dan telah meletakkan seorang bekas pembantu Datuk Seri Najib, Encik Abdul Razak Baginda, di bawah siasatan rasmi berhubung perjanjian tersebut.