KABUL: Kementerian Pertahanan Afghanistan semalam berkata, 90 militan ISIS dipercayai terbunuh selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bom bukan nuklear terbesarnya, menyasarkan tempat persembunyian kumpulan berkenaan di kawasan pergunungan di timur negara itu.
Dalam satu kenyataan semalam, kementerian itu juga berkata kekuatan letupan bom berkenaan tidak menyebabkan kematian orang awam.