Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kacau-bilau Brexit terus cetus perselisihan dan kekeliruan

Jun 27, 2016 | 10:05 AM



LONDON: Perselisihan muncul dalam kalangan pemimpin Eropah mengenai bagaimana harus dirundingkan penarikan diri Britain daripada Kesatuan Eropah (EU) menjelang satu sidang puncak pemimpin di Brussels pada Selasa (28 Jun).



Penggubal undang-undang Eropah menggesa Britain pada Ahad (26 Jun) supaya memulakan prosiding meninggalkan EU semasa sidang puncak tersebut, sedangkan Jerman mencadangkan negara itu perlu diberi masa untuk "menimbang semula" kesan undi keluar daripada blok tersebut pada pungutan suara Brexit Jumaat lalu.



Presiden Parlimen Eropah, Encik Martin Schulz, memberitahu akhbar Jerman Bild am Sonntag tempoh terawang-awang akan "membawa kepada lebih banyak rasa tidak selamat dan dengan itu membahayakan pekerjaan".



Menteri Luar Belanda, Encik Bert Koenders, memberitahu akhbar Volkskrant: "Kita tidak boleh mempunyai keadaan tanpa sembarang keputusan yang Boris Johnson (pemimpin utama dalam kempen 'Keluar' EU) cadangkan. Semua orang mahu kejelasan: orang ramai, perniagaan, pasaran kewangan."



Bagaimanapun, Encik Peter Altmaier, ketua staf Canselor Jerman, Dr Angela Merkel, menegaskan tidak perlu tergesa-gesa meminta Britain keluar dan ahli politik di London perlu mengambil masa untuk menimbang semula akibat keputusan Brexit.



Dr Merkel akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin Perancis, Italy dan EU di Berlin pada Isnin (27 Jun), di tengah-tengah kebimbangan undi Britain meninggalkan kumpulan itu akan mewujudkan kesan domino di negara anggota pewaham euro.



Pemerintah Jerman sendiri kelihatan berselisih mengenai pendekatan bagi rundingan itu, dengan Menteri Ekonomi Sigmar Gabriel mengambil pendirian keras dan menolak sembarang tawaran baru EU agar Britain kekal di dalamnya.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, yang akan terbang ke Brussels dan London pada Isnin untuk rundingan krisis dengan EU dan pemimpin British, berkata perpaduan harus kekal penting sedang Britain berunding penarikan dirinya.



Di Britain, pergolakan politik semakin meruncing apabila Menteri Pertama Scotland, Cik Nicola Sturgeon, mencetuskan idea di BBC pada Isnin bahawa Holyrood (pemerintah Scotland) boleh cuba menyekat Britain daripada meninggalkan EU.



Parti pembangkang Britain, Parti Buruh, juga berada dalam krisis apabila pemimpinnya, Encik Jeremy Corbyn, menghadapi pemberontakan oleh penggubal undang-undang partinya yang menggesa beliau meletak jawatan.



Pelabur pula bimbang apabila pasaran saham buka pada Isnin selepas menjunam Jumaat lalu, dengan nilai mata wang paun sterling jatuh ke paras terendahnya dalam 31 tahun.



Menteri Kewangan Cina, Encik Lou Jiwei, yang berada dalam mesyuarat tahunan pertama Bank Pelaburan Infrastruktur Asian (AIIB) di Beijing pada Ahad, berkata undi itu "akan membayangi ekonomi global".



Sementara itu, ramai rakyat Britain berbondong-bondong menyokong petisyen dalam talian yang menuntut diadakan pungutan suara kedua, dengan tandatangan menyokong petisyen itu telah melebihi tiga juta pada Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >