Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kaitan 1MDB-Hollywood jadi 'wayang'

Apr 15, 2016 | 10:53 AM



KUALA LUMPUR: Pengeluar filem yang dicalonkan bagi anugerah Oscar, Mike Lerner, sedang mengusahakan satu dokumentari berkisar pada dakwaan rasuah di firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang membawa kepada pembuatan filem hit 2013 Hollywood, The Wolf Of Wall Street.



Dalam filem itu, The Master And His Wolf, "kami mempunyai cerita menarik dengan watak hebat, bintang filem, perdana menteri dan sistem pengubahan wang haram, dengan sambungan terus antara Malaysia melalui syarikat Arab Saudi dan Abu Dhabi, yang langsung sesuai dengan golongan elit Hollywood", kata pengeluar filem British itu kepada The Hollywood Reporter.



Berita itu menyusuli pendedahan oleh penyiasat bahawa sebahagian daripada wang sebanyak AS$3.5 bilion ($4.8 bilion) yang dipindahkan oleh 1MDB berkaitan satu perjanjian pembelian loji kuasa kepada sebuah syarikat berdaftar di Kepulauan Virgin British pergi ke sebuah syarikat dalam "industri filem".



The Wolf Of Wall Street dibuat oleh Red Granite, sebuah firma pengeluaran Hollywood yang dimiliki Encik Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Malysia, Datuk Seri Najib Razak.



Antara pelabur utama Red Granite ialah seorang ahli perniagaan Abu Dhabi, Encik Mohamed Al Husseiny.



1MDB mengenal pasti Encik Husseiny sebagai salah seorang pegawai daripada Aabar Investments - syarikat berpangkalan di Abu Dhabi yang sepatutnya menerima wang tersebut - yang meyakinkan 1MDB supaya membuat pembayaran kepada firma BVI itu, yang mempunyai nama yang sama.



"Oleh kerana rasuah besar-besaran dalam sejarah ini, kerajaan Malaysia di ambang bencana," kata Encik Lerner, sambil membayangkan dokumentari itu juga akan memberi tumpuan pada pembunuhan yang dikaitkan dengan skandal tersebut.



"Dan semua itu untuk apa? Tamak, obsesi selebriti dan cita-cita berdiri di atas permaidani merah. Tiada cerita lebih besar daripada ini," katanya.



Beliau berkata penggambaran di Malaysia telah selesai, dan akan berpindah ke lokasi lain yang termasuk Abu Dhabi dan Singapura. Ia mula diusahakan tahun lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >