JAKARTA: Golongan profesional di Jakarta berpendapat Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Cik Maharani, layak diganti oleh Presiden Joko 'Jokowi' Widodo kerana tidak membawa sebarang perubahan dalam tugasnya.
Pendapat itu didedahkan dalam satu kajian Kelompok Diskusi dan Kajian Pendapat Awam Indonesia yang dijalankan dari 26 Mei hingga 3 Jun lalu.