Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kajian gesa tekanan darah 'normal' juga dirawat untuk selamatkan nyawa

Dec 24, 2015 | 11:15 AM



PARIS: Berjuta-juta nyawa mungkin dapat diselamatkan jika ubat bagi merendahkan tekanan darah diberi kepada orang berisiko mengalami serangan jantung dan strok, walaupun mereka mempunyai tekanan darah normal, ujar para penyelidik pada Khamis (24 Dis).


Berdasarkan analisis 123 ujian perubatan melibatkan lebih 600,000 orang sepanjang lebih dua dekad, pasukan itu menyeru agar semakan dilakukan segera ke atas garis panduan rawatan sedia ada.


"Dapatan kami menunjukkan dengan jelas bahawa merawat tekanan darah ke paras lebih rendah daripada yang disyorkan sekarang boleh mengurangkan kejadian penyakit kardiovaskular," kata penyelidik utama kumpulan kajian itu, Dr Kazem Rahimi, dari Universiti Oxford.


Ini "berpotensi menyelamatkan berjuta-juta nyawa".


Tekanan darah dicatat dalam dua nombor, yang ditulis dalam bentuk nisbah, contohnya 140/90 mmHg (mm merkuri-unit tekanan darah).


Nombor bahagian atas ialah 'sistolik' tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup, dan yang satu lagi ialah 'diastolik' tekanan antara denyutan, apabila jantung dalam keadaan rehat dan diisi semula dengan darah.


Menurut Persatuan Jantung Amerika, tekanan 'normal' ialah kurang daripada 120/80 dan 'tinggi' ialah lebih daripada 140/90.


Kajian itu mendapati setiap pengurangan 10 mmHg tekanan darah sistolik mengurangkan risiko serangan jantung kira-kira seperlima, strok dan kegagalan jantung kira-kira satu perempat, dan risiko kematian akibat sebarang punca sebanyak 13 peratus.


Pengurangan penyakit itu serupa bagi semua pesakit berisiko tinggi, tidak kira sama ada tekanan darah mereka memang rendah (kurang daripada 130 mmHg), menurut mereka.


Golongan berisiko tinggi termasuk mereka yang mempunyai sejarah penyakit jantung atau arteri, strok, kencing manis atau kegagalan jantung.


Para penyelidik itu menggesa semakan dibuat ke atas garis panduan tekanan darah, termasuk yang dikeluarkan Persatuan Hipertensi Eropah, yang baru-baru melonggarkan paras rawatan yang disyorkannya bagi pesakit berisiko tinggi daripada 130 kepada 140mmHg tekanan sistolik.


"Hasil kajian kami menyediakan sokongan kuat untuk menurunkan tekanan darah kepada tekanan darah sistolik kurang daripada 130 mmHg," tulis para penyelidikan itu.


Menurut mereka, tekanan darah tinggi punca utama penyakit jantung dan strok, menjejaskan lebih satu bilion orang di seluruh dunia dan membunuh kira-kira 9.4 juta setiap tahun.


Manfaat menurunkan tekanan tinggi yang berterusan telah disahkan dengan mantap, tetapi masih belum pasti apakah orang yang tekanan darahnya 'normal' akan juga mendapat manfaat daripada rawatan darah tinggi. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >