Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

"Kami tidak tembak pesawat tersebut" - pemimpin pemisah Donetsk

Jul 18, 2014 | 01:34 PM



PUAK pemisah di Ukraine berkata mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 walaupun rekod serangan mereka dari permukaan ke udara baru-baru ini menunjukkan cerita yang sebaliknya, laporan majalah TIME.


MH17 yang menuju ke Kuala Lumpur terhempas di daerah timur Ukraine malam semalam, membunuh kesemua 298 penumpang dan kakitangan pesawat.


Nahas itu mengalihkan perhatian dunia terhadap konflik yang semakin membara antara negara Rusia dan Ukraine.


"Kami tidak mempunyai senjata yang boleh menjatuhkan pesawat dari ketinggian tersebut," kata salah seorang daripada pemimpin pemberontak, Oleg Tsarev, dari pihak pemisah Republik Donetsk yang dipetik oleh TIME.


Namun, haya tiga minggu lalu, media pemerintah Rusia telah mengucapkan tahniah kepada pemberontak atas pengambilalihan senjata terbaru tentera mereka, iaitu sebuah set pelancar peluru berpandu buatan Rusia yang dirampas dari pangkalan tentera udara Ukraine.


"Pejuang-pejuang Donetsk telah merapas sebuah stesen anti-pesawat tentera Ukraine," kata Vesti, yang merupakan rangkaian televisyen utama Kremlin.


Isnin lalu, sebuah pesawat pengangkutan tentera Ukraine telah ditembak jatuh di timur Ukraine, dengan para pemimpin pemisah mengesahkan pada hari yang sama bahawa mereka telah mengambil empat kakitangan pesawat selepas keempat-empat mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum pesawat terhempas.


Dua hari kemudian, dua lagi pesawat tentera Ukraine dilaporkan ditembak jatuh pihak pemisah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >