SEBUAH papan tanda berbentuk kapal layar berserta seekor ikan dengan kekata SELAMAT DATANG KE KG. SINGAPURA berdiri megah menyambut pengunjung yang memandu lalu di perkampungan yang terletak di Tanjong Sedili dekat Kota Tinggi, Johor.
Kelegaan terserempak papan tanda tercegat di tepi jalan raya itu begitu terasa selepas puas bertanya sana dan sini.