Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kanak-kanak lima tahun maut dalam serangan di Thailand

Feb 23, 2014 | 06:54 PM



BANGKOK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terbunuh dan 30 lagi cedera selepas satu perhimpunan antikerajaan diserang dengan tembakan di timur Thailand, kata polis hari ini.


Dalam kejadian keganasan politik terbaru di negara yang berpecah belah itu, sekumpulan lelaki bersenjata dalam dua trak pikap telah melepaskan tembakan ke arah perhimpunan tersebut di sebuah pasar yang sesak, malam semalam.


"Seorang kanak-kanak perempuan lima tahu ditembak dan maut kemudiannya manakala 30 lagi orang cedera," kata seorang pegawai polis setempat, Leftenan Thanaphum Naewani.


Beliau berkata kejadian tembakan di daerah Khao Saming di wilayah Trat kira-kira 300 kilometer ke timur Bangkok, itu dipercayai bermotifkan politik.


Seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lima tahun adalah antara enam orang yang berada dalam keadaan kritikal selepas kejadian tembakan itu, kata Encik Supan Srithamma, ketua Jabatan Perkhidmatan Perubatan Thailand, kepada agensi berita AFP, hari ini.


Sementara itu, para penyokong Cik Yingluck hari ini berikrar untuk bertindak lebih tegas terhadap para pembantah antikerajaan yang melumpuhkan Bangkok, meningkatkan ketegangan di negara itu. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >