Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kanak-kanak terbunuh, ramai cedera dalam gempa Croatia

Dec 29, 2020 | 10:51 PM



ZAGREB: Gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter melanda kota di Croatia pada Selasa (29 Disember) dan mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak, mencederakan ramai dan meruntuhkan rumah di situ, jelas penyedia khidmat darurat.



Menerusi rakaman video di televisyen, kelihatan pegawai penyelamat berusaha menarik keluar mereka yang terbenam di dalam runtuhan bangunan yang musnah. Pegawai tentera juga dikerahkan bagi membantu.



Pusat Kajian Geosains GFZ German berkata, gempa bumi ini melanda sedalam 10 kilometer. Pusat gempa terletak di kota Petrinja, 50 kilometer ke selatan ibu negara Croatia, Zagreb.



Ketua Khidmat Perubatan Darurat di Sisak, Dr Tomislav Fabijanic, berkata ramai penduduk yang cedera di Petrinja dan Sisak.



"Ada yang patah tulang, ada yang kepalanya terhentak dan ada yang perlu dibedah," katanya.



Perdana Menteri Croatia, Encik Adrej Plenkovic, yang bergegas ke Petrinja, berkata:



"Kami mendapat maklumat seorang kanak-kanak perempuan terbunuh. Kami tiada maklumat tentang sebarang kematian lain." - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >