Kapal Amerika dikerah ke Lautan India cari pesawat MH370

WASHINGTON (AFP) - Tentera laut Amerika Syarikat telah mengerahkan sebuah kapal ke Lautan India untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, berikutan laporan menyatakan pesawat MH370 itu mengeluarkan isyarat "pinging" ke sebuah satelit selepas hilang dari radar.

Fokus mencari telah berpindah dari Laut China Selatan selepas Rumah Putih berkata "maklumat baru" menunjukkan pesawat tersebut mungkin terbang ke arah barat di Lautan India.

"Kapal USS Kidd sedang bergerak dari Selat Melaka menuju ke Lautan India," pegawai tentera laut memberitahu agensi berita AFP, merujuk kepada kapal pembinasa itu yang awalnya dikerahkan ke Teluk Thailand.

Sebuah pesawat tambahan Amerika, pesawat peninjau P-8 Poseidon, juga sedang menuju ke kawasan tersebut.

Pengerahan itu dibuat menyusuli laporan yang menyatakan sistem komunikasi pesawat malang MAS itu terus mengeluarkan isyarat "ping" ke sebuah satelit untuk beberapa jam selepas ia hilang dari radar.

Isyarat berkenaan dikeluarkan dari "sistem pengurusan kesihatan pesawat" yang menyediakan pengaliran data operasi pesawat, menurut laporan Wall Street Journal dan ABC News.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 73
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.