Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kapal angkasa lepas Shenzhou 11 China dilancar ke orbit

Oct 17, 2016 | 10:40 AM



SHANGHAI: China melancarkan misi angkasa lepas kendalian manusia paling lama negara itu pada Isnin (17 Oktober), menghantar dua angkasawan ke orbit untuk menghabiskan masa sebulan di atas sebuah makmal angkasa lepas.



Ia sebahagian daripada rancangan lebih luas mewujudkan pangkalan angkasa lepas kendalian manusia tetap sekitar 2022.



Papal angkasa lepas Shenzhou 11 dilancar pada sebuah roket Mac Long pada 7.30 pagi waktu tempatan (7.30 pagi waktu Singapura) dari tapak pelancaran terpencil di Jiuquan, di padang pasir Gobi, dalam imej yang disiar secara langsung di televisyen negara.



Angkasawan itu akan berlabuh di makmal angkasa lepas Tiangong 2, atau 'Istana Syurga 2', yang dihantar ke angkasa lepas bulan lalu. Ia akan menjadi penginapan paling lama di angkasa lepas oleh angkasawan China, lapor media.



Pada awal pagi Isnin, naib pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, Encik Fan Changlong, bertemu angkasawan Jin Haipeng dan Chen Dong dan mengucapkan selamat kepada mereka, lapor agensi berita Xinhua.



"Anda akan menjelajah ke angkasa lepas untuk mengejar impian angkasa lepas negara China," kata Encik Fan. "Dengan semua latihan saintifik dan rapi, persiapan bijaksana, dan pengalaman kaya daripada misi sebelumnya, anda akan mencapai tugas mulia dan sukar ini... Kami mengucapkan semoga anda berjaya dan menanti kepulangan anda."



Shenzhou 11 misi angkasa lepas ketiga Encik Jin, yang akan mengetuainya dan menyambut ulang tahun ke-50 beliau di orbit.



Dalam misi angkasa lepas kendalian manusia pada 2013, tiga angkasawan China menghabiskan masa 15 hari di orbit dan berlabuh di makmal angkasa lepas Tiangong 1.



Memajukan program angkasa lepas China merupata satu keutamaan bagi Beijing, dengan Presiden Xi Jinping menyeru negara itu supaya menjadi sebuah kuasa angkasa lepas.



China menegaskan bahawa program angkasa lepasnya ialah bagi tujuan keamanan.



Shenzhou 11, yang bermakna Pesawat Kudus, akan juga menjalankan tiga eksperimen yang direka pelajar sekolah menengah Hong Kong yang terpilih dalam satu pertandingan sains. Ia termasuk eksperimen membawa cacing sutera ke angkasa lepas.



China telah berusaha membangunkan program angkasa lepas bagi tujuan ketenteraan, komersial dan saintifik, tetapi masih ketinggalan di belakang Amerika Syarikat dan Russia.



Ia akan melancarkan satu 'modul teras' bagi sebuah stesen angkasa lepas pertamanya sekitar 2018, kata seorang pegawai kanan pada April, sebagai sebahagian daripada rancangan mewujudkan stesen angkasa lepas kendalian manusia tetap sekitar 2022. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >