Kapal membawa lebih 450 orang tenggelam di Sungai Yangtze, China

BEIJING - China telah melancarkan satu operasi menyelamat selepas sebuah kapal yang membawa lebih 450 orang tenggelam di Sungai Yangtze selepas ia dilanda ribut.

Penyiar television CCTV melaporkan satu mayat telah ditemui manakala 10 orang berjaya diselamatkan sejauh ini daripada kapal Dongfangzhixing itu.

Ia tenggelam lewat malam semalam ketika berlayar dari bandar Nanjing ke Chongqing.

Antara mereka yang diselamatkan merupakan kapten kapal dan ketua jurutera kapal, yang memberitahu bahawa kapalnya terperangkap dalam puting beliung.

Kapal tersebut membawa 458 orang termasuk 406 penumpang warga China, lima pekerja agensi pelancongan dan 47 anak kapal.

Ia tenggelam sekitar 9.28 malam, kata CCTV. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.